Review Polisi Takaful Percuma
Assalamualaikum.
Saya Adilah Raazali ejen takaful PruBSN.
Anda telah pun memiliki Polisi Takaful?
Saya boleh bantu anda buat semakan dan nilaian semula terhadap polisi takaful tersebut untuk memastikan ianya memenuhi keperluan semasa anda.
Kenapa Perlu Review Polisi Takaful?
"Medical Card dah ada..."
"Hibah Takaful pun dah ada..."
"Cukuplah... Nak apa lagi?"
"Kenapa perlu nak review polisi takaful pula?"
Perkara paling penting ketika dalam proses review polisi takaful nanti, kita akan menyemak semula sama ada polisi anda sekarang ini masih sesuai atau tidak dengan keperluan semasa anda.
Keperluan setiap individu tak sama. Dalam situasi tertentu anda mungkin perlu ambil rider untuk masukkan manfaat tambahan terhadap polisi anda yang sedia ada.
Anda mesti mahukan polisi takaful yang paling berbaloi dengan apa yang anda bayarkan?
Contoh Situasi:
Adakah anda berada dalam situasi ini?
Terlupa Coverage Takaful
Anda telah ambil takaful beberapa tahun lepas. Anda juga bayar sumbangan takaful setiap bulan dengan konsisten. Tetapi masalahnya anda tak ingat apa coverage polisi takaful yang diambil.
Untuk kepastian anda boleh baca balik buku polisi takaful. Tapi lepas baca buku polisi tak faham pula isi kandungan dan terma-terma dalam buku.
Dalam situasi ini anda boleh hubungi ejen takaful anda untuk review polisi takaful dan dapatkan penjelasan lanjut. Tanya ejen takaful sampai anda faham.
Tak Pasti Coverage Cukup Ke Tak?
Berapa coverage yang diperlukan?
Anda disarankan supaya memiliki coverage takaful 10 kali ganda pendapatan tahunan. Jadi jika gaji anda RM2000 sebulan, dengan pendapatan tahunan RM24,000 anda disarankan mendapatkan coverage takaful sebanyak RM240,000.
Dengan coverage ini dan bergantung kepada polisi takaful anda, insyaallah ianya cukup untuk melindungi anda dan insan tersayang sekiranya berlaku sebarang musibah yang menyebabkan berlakunya kematian, hilang upaya kekal, kemalangan dan sakit kritikal.
Apabila anda memiliki kedua-duanya atau salah satu dari medical card atau hibah takaful, anda boleh mendapat manfaat ini:
- Perlindungan pendapatan
- Perlindungan harta benda
- Perlindungan penyelesaian hutang
Disaat ditimpa musibah, pampasan takaful akan sedikit sebanyak dapat menampung anda dan insan tersayang menghadapi saat sukar.
Nilai 10x ganda ini adalah saranan sahaja.
Pun begitu anda perlu mengambil takaful mengikut kemampuan. Perlindungan dengan coverage takaful RM50,000 itu lebih baik dari tiada langsung.
Akhir Kata
Ambillah perlindungan takaful yang diperlukan sahaja agar sesuai dengan kemampuan kita membayar sumbangan bulanan. Takaful adalah untuk perlindungan jangka panjang.
Dan jangan lupa untuk review polisi takaful anda setiap beberapa tahun.
Insyaallah.