Rider Crisis Shield: Perlindungan Penyakit Kritikal

Assalamualaikum.

Ketika merancang pelan takaful anda mungkin boleh mempertimbangkan manfaat tambahan untuk melindungi diri terhadap risiko penyakit kritikal.

Sebabnya?

"KOS RAWATAN"

Kos rawatan perubatan semakin meningkat saban tahun.

Sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang memerlukan rawatan di hospital, tanpa perlindungan takaful, pasti ia akan membebankan anda dari segi kewangan.

Tanpa persediaan... simpanan anda boleh susut dalam masa yang singkat.

b40 ramai sakit jantung

Kos Rawatan

Jangan terkejut apabila anda melihat kos rawatan berikut:

Pembedahan pintasan jantung:

Hospital kerajaan: RM4,000
Hospital swasta: RM80,000

Strok / Angin Ahmar

Hospital kerajaan: RM4,000 ke atas
Hospital swasta: RM40,000 - RM80,000

Ini baru kos servis rawatan sahaja belum masuk kos lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad dan lain-lain kos.

Bergantung kepada kelas wad, kos wad harian di hospital kerajaan adalah dari RM3 - RM120 sehari. Kos wad harian di hospital swasta pula dari RM80 - RM300 sehari.

Bagaimana jika anda perlu melakukan ujian seperti x-ray, ultrasound, CT scan, MRI dan ujian darah, semua ini ada kos.

anggota bomba jaga isteri dan anak

Contoh Situasi

Anda mengambil manfaat hibah takaful dengan perlindungan asas, Basic Sum Coverage (BSC) sebanyak RM350,000 dengan manfaat tambahan Rider Crisis Shield sebanyak RM100,000.

Sekiranya anda menghidap penyakit kritikal* yang melayakkan anda menerima pampasan, anda akan menerima bayaran sekaligus sebanyak RM100,000.

Tetapi BSC anda akan ditolak sebanyak RM100,000.

Sekiranya berlaku kematian atau TPD, pampasan BSC akan berbaki RM250,000 sahaja.

Sekiranya tidak mahu BSC ditolak, anda boleh mengambil Rider Shield Protector.

Nota 1: Pampasan dari perlindungan asas hibah takaful hanya akan diberikan apabila berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, Total and Permanent Disability (TPD) sahaja.

Nota 2: Rujuk polisi takaful anda untuk melihat Penyakit Kritikal yang dilindungi dalam Pelan Takaful PruBSN.

Akhir Kata

Dengan mengambil manfaat tambahan perlindungan penyakit kritikal, Rider Crisis Shield, anda akan mendapat bayaran sekaligus sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang dilindungi dalam Pelan Takaful PruBSN.

Oleh itu, pertimbangkan untuk menambah Rider Crisis Shield dalam pelan takaful anda. Lebih-lebih lagi sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah menghidap penyakit kritikal.

Semoga membantu.

Adilah Raazali