43 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Dalam Pelan Takaful PruBSN

Assalamualaikum.

Apabila anda mendengar penerangan dari ejen takaful yang pelan takaful ini boleh melindungi anda apabila menghidap penyakit kritikal.

Penyakit kritikal itu ada * di belakangnya.

Untuk memastikan setiap penyakit kritikal itu jelas, PruBSN memberikan takrifan terhadap semua penyakit kritikal yang dilindungi dalam pelan takaful PruBSN.

Dan jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang memenuhi takrifan itu barulah anda layak mendapat pampasan.

Contohnya:

Kelumpuhan Anggota - hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau satu tangan dan satu kaki, akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.

Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

Contoh lain:

Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang.

Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik tidak boleh pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.

Takrifan Penyakit Kritikal PruBSN

Anda boleh baca pdf yang saya sertakan di bawah untuk membaca takrifan penyakit kritikal PruBSN. Rujuk halaman ke-2 dan halaman seterusnya untuk takrifannya.

Versi Bahasa Melayu: KLIK SINI
Versi Bahasa Inggeris: KLIK SINI

koma sebulan akibat serangan jantung

Penyakit Kritikal

Terdapat 43 penyakit kritikal mengikut senarai yang diberikan. Iaitu:

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti Dan Rawatan Invasif Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari
  3. Sindrom Apalik
  4. Meningitis Bakteria
  5. Tumor Otak Benign
  6. Buta
  7. Pembedahan Otak
  8. Kanser
  9. Kardiomiopati
  10. Anemia Aplastik Kronik
  11. Pankreatitis Kronik Berulang
  12. Koma
  13. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  14. Pekak
  15. Ensefalitis
  16. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  17. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  18. AIDS Dengan Gejala Penuh
  19. Hepatitis Viral Fulminan
  20. Serangan Jantung
  21. Pembedahan Injap Jantung
  22. Jangkitan HIV Melalui Tranfusi Darah
  23. Kegagalan Buah Pinggang
  24. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  25. Hilang Keupayaan Bertutur
  26. Trauma Kepala Major (Teruk)
  27. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang
  28. Penyakit Sistik Medular
  29. Penyakit Neuron Motor
  30. Sklerosis Multipel
  31. Distrofi Otot
  32. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) Dijangkiti Melalui Pekerjaan
  33. Kelumpuhan Anggota
  34. Penyakit Parkinson
  35. Poliomielitis
  36. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  37. Skleroderma Progresif
  38. Penyakit Arteri Koronari Serius
  39. Strok / Angin Ahmar
  40. Pembedahan Aorta
  41. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Buah Pinggang Yang Teruk
  42. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  43. Kelecuran Tahap Ketiga

Untuk menuntut pampasan pula setiap penyakit kritikal itu perlu disahkan oleh pakar dan mempunyai dokumentasi lengkap.

Akhir Kata

Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan penyakit kritikal dalam pelan takaful anda. Dengan itu nanti tidak berlaku salah faham dan anda tahu bagaimana anda akan dilindungi.

Setiap penyakit kritikal itu mempunyai takrifannya.

Pelan takaful anda mungkin melindungan anda terhadap penyakit kritikal tertentu sahaja.

Anda perlu sentiasa rujuk kepada Polisi Takaful kerana itu adalah terma dan syarat yang mengikat anda dan PruBSN.

Semoga membantu.

Adilah Raazali