Apa Itu Rider Takaful?
Assalamualaikum.
Mungkin anda pernah dengar ejen sebut rider takaful apabila memberi penerangan tentang polisi takaful.
Apa itu rider dalam takaful?
Rider adalah manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda.
Dengan menambah rider anda boleh mengubahsuai pelan asas agar sesuai dengan keperluan.
Contoh situasi
Anda mengambil manfaat hibah takaful dengan perlindungan asas sebanyak RM350,000.
Untuk pelan hibah takaful dengan perlindungan asas, pampasan hanya akan diberikan apabila berlaku kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh sahaja.
Untuk melengkapkan perlindungan, anda memasukkan Perlindungan Kecacatan Akibat Kemalangan dan Perlindungan Penyakit Kritikal.
Apabila berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, anda akan dilindungi sekiranya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan anda mengalami kecacatan dan anda juga akan dilindungi apabila menghidap penyakit kritikal.
Akhir Kata
Rider takaful membolehkan anda menyesuaikan pelan takaful dengan menambah manfaat tambahan mengikut keperluan anda.
Semoga membantu anda.
― Adilah Raazali